Saturday, 21 April 2012

Dinner dan APC

Hi semua....

Last post,cheq ade cite yang opis cheq ada nk buat annual dinner and APC kan...
Both majlis ok, tp mungkin tempat xbrape sesuai tuk kami yang sgt ramai ni..
Xde mood nk cite sgt, but hopefully majlis lpas ni lbh teratur n selesa.
Bagaimanapun, syabazzz diucapkan kepada pihak pengurusan yang telah cuba memberikan yang terbaik tuk kami....
Jom layan beberapa gambar sepanjang majlis berlangsung.



ade kambing tido....^____^
 

^__________________^
*ThousandsSmile*

Sunday, 15 April 2012

Doa Waktu Dhuha



“Ya Allah,
bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, 
kecantikan itu ialah kecantikanmu , 
keindahan itu keindahanmu, 
kekuatan itu kekuatanmu ,
kekuasaan itu kekuasaanmu 
dan perlindungan itu perlindunganmu.

Ya Allah 
jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah 
dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, 
jika sukar mudahkanlah, 
jika haram sucikanlah. ,
Jika masih jauh dekatkanlah. 
Berkat waktu duha, keagungan, 
keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, 
limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau 
limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Aminnnnn......

Thursday, 12 April 2012

APC PPSPPA

Hi semua...

Just nak share...ujung minggu ni,ofis cheq ada buat event..so minggu ni fully book okey.. ^__^
Bermula esok, karnival sukan dari subuh smp ke ptg...mlm sambung ng dinner,esoknye plak,abtu ade majlis anugerah pekerja cemerlang.yang pastinye cheq xdapat la anugerah tu,sbb tahun lpas kne demerit...T__T

karnival ukan akan diadakan di beberapa venue di Universiti Malaya, dinner kt Kampung Pengantin, then APC plak kt KL Fest Hall a.k.a Kg Pengantin yang baru tu...

Kalau tahun lpas, cheq dtg majlis as guest,tp thun ni cheq jadi urusetia technical for dinner and APC. juga urusetia bagi indoor game di karnival sukan...so,happening ke x majlis tahun ni,same2 la kite saksikan nnt..hehehehe....nnt cheq upload gambar2 spnjang majlis2 ni nnt...

Kat sini cheq nk share gambar2 dinner tahun lepas tuk u'll tgk.. ^___^
So...mari kite...!!!!



^__________________^
*ThousandsSmile*

Sunday, 8 April 2012

** Secret Recipe Tomyam **

Hi...

Da lame xupdate entry..byk benda nk share sebenarnyer tp xberkesempatan...
Ari minggu lepas adalah hari tuk masak2...hehehhe...byk resepi yang cheq nk share kt sini,
antaranyer resepi tomyam, resepi ni xguna pape perencah okey...pastu ade resepi tuk triffle, triffle ni cheq buat khas tuk majlis celebrate besday teammate hubby n lastly,resepi paratha chicken cheese Hot n' Roll homemade punyer... ^___^
Tapi sebab byk sgt resepi yg nk di share..for this entry,cheq share dlu resepi tuk tomyam.yang len,kene tgk kt entry Puding Triffle dan Homemade Hot n' Roll..

Sebelum kite tgk resepi dia, cheq bagi review rupa tomyam nyer dlu erk..nk bg u'll ambk aura dlu...
So...mari kite...!!!!

^_____^





Bahan2
1.Tomato 3biji dpotong kiub (lg byk,lg pekat tomyam u'll nnt.tp klu byk sgt xsedap jgak,so pndai2 la agak erk)

2.Bawang putih 8-10 ulas ditumbuk(depends pada saiz.klu u'll nk blend pn bleh,tp cheq suke tumbuk sbb taste dia lain)

3.Bawang besar 2biji ditumbuk(bawang bsar yg kuning tu tau,br taste dia best)

4.Serai 5batang

5.Daun limau purut 7tangkai (bahan wajib tuk tomyam)

6.Sayur spt bunga kubis,bby corn,carrot,mushroom (yg ni depends ikut selera u'll.cheq suka ltk cendawan Enoki sbb rase dia)

7.Ayam / Seafood

8.Limau nipis 4biji (ambik air dia saja)

9.Serbuk perasa (cheq xsuke masak ltak ajinomoto,so cheq ltk garam je..klu u'll nk ltk pn bleh,xde mslah)

Tgk list bahan mcm complicated je kn.. ^__^..jgn risau..cara2 nk msaknyer simple je...
Okey,kite tgk cara nk msak plak...
 
Firstly, tumiskn bawang putih n bawang besar smp keluar bau.Minyak ltk lebih skit..
Then, masukkn tomato,kacau smp hancur. Lpas tomato da hncur,msukkn ayam/ seafood td..reneh smp kluar air..api kne kecikkn skit...bahan yg seterusnyer ialah msukkan serai n daun limau purut.kacau sebati,then tmbah air skit..reneh smp ayam/seafood masak,msukkn sayur2 td..jgn lupa masukkn skali bahan perasa..klu nk kuah byk,leh tmbh air lg...biarkn smp sayur msak, msukkn air limau,kacau rata then leh ttup api...
 
Tomyam is ready to be serve now.. ^___^


 
Simple kn..nnt u'll bleh try,then anta la komen kt sini...klu nk ubah resepi ni ikut selera u'll pn bleh..xde masalah...

 
Selamat mencuba tuk semua...




^__________________^
*ThousandsSmile*

Sunday, 1 April 2012

Puisi Buat Isteri (paperless version)

Diriku tak seromatik Romeo,
Cintaku tak seagung Shah Jehan,
Aku adalah Mohd Redzuan;

Kekasihmu, suamimu,
Ayah kepada anakmu,
Ketua keluargamu,
Pembimbingmu,

Dan yang penting,
Akulah pencintamu,
Tanpa mengenal jemu...

Saturday, 31 March 2012

Resepi Triffle

Hi...

Kat sini cheq nk berkongsi satu resepi fav dessert cheq,which is puding triffle..
Cara nk buat dia senang je,bahan2 pn xbyk n senang nk dapat...
So...mari kite...!!!!


Bahan2

1. Kek Swiss Roll (cheq suka guna perisa pandan, depends u'll nk guna perisa ape)
2. Buah koktel 1tin
3. Tepung kastard 3sudu makan.
4. Susu segar 1 1/2gelas ( klu xsuka susu segar,u'll bleh guna susu cair )
5. Gula 3sudu makan ( yg ni klu u'll xsuka manis,bleh kurangkn kuantiti dia )
6. Buah segar cth anggur,dragon fruit, oren ( yg ni klu u'll xnk ltk pn bleh sbb da ade buah koktel tin td )7. Serbuk kristal jelly


Cara2nyer plak...

1. Potong kek swiss roll td dan susun dalam bekas yg akan digunakan nnt..susun smp ttup permukaan bawah bekas.
2. Siram kek td dgn air sirap buah koktel dalam tin.
3. Masukkn susu,tepung kastard dan gula dlm periuk,kcau rata.kemudian masak sampai pekat / tepung kastard msak. Lpas tu,masukkn ke dalam bekas kek td. so skg ni,lapisan kastard tu akan berada atas lapisan kek td..
4. Aturkn buah koktel dan buah segar td diatas lapisan kastard.
5. Last skali,masak serbuk jelly kristal mengikut arahan pada label. Kemudian,masukkan diatas lapisan buah yang diatur td. Biarkan sejuk,baru lah msukkn kedalam peti sejuk for about 30minit.


Taaarrraaaaaaaaaaaaaaaa !!!!!





TRiffle is ready.....
^__________________^
*ThousandsSmile*

Thursday, 22 March 2012

Durian Belanda : Penawar Kanser

Hi...
Tadi time boring2 buat keje, cheq ade godek2...tetibe jumpa article ni..
Sangat berguna utk dikongsi bersama...Rupenya selama ini, kite tak diberitahu jgn betul tentang khasiat buah Durian Belanda ni...rupenya durian belanda ni sgt2 BAGUS untuk kanser...for further info,rajin2 la baca entry ni smp hbis erk...mane yang baik kite ambk as a guide.. 
So...mari kite...!!!!

*************************************************

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?
Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.
Pohonnya rendah, di Brazil dinamai ‘Graviola’, di Sepanyol ‘Guanabana’ bahasa Inggeris dipanggil ‘Soursop’. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.
Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh ‘pohon ajaib’, yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :
i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.


 pade sesape yg xkenal buah durian belanda,leh refer gmbar atas ni.


Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.
Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!
Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !
Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?
Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.
Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.
Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

 Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.
Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.
Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.
Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!
Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.
Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.


*********************************************************
Okey, lpas da bace entry ni, kite semua da tahu khasiat sebenar durian belanda ni,so sebar-sebarkan lah kepada saudara mara,sahabat,keluarga kita agar semua akan dapat  manfaat....


^__________________^
*ThousandsSmile*