Dah banyak yang cheq berkongi dan berceloteh pasal Atkins Diet ni...
So kawan2 rase cmne..agak2 boleh ke nak ubah diet ikot gaya Atkins Diet ni...hehehe
Tapi klu kawan2 berkemampuan,skg ni byk sgt produk2 pengurusan berat badan kt pasaran..klu rase xboleh nk cube cara Atkins Diet ni..bleh la cubeproduk2 yang ade...tp cheq terjumpe jugak..kat 1blog ni...die jual produk untuk menambahkan bilangan protein yang kite ambil hari2..so bleh m'nolong menjayakan lagi program Atkins Diet ni..klu berminat,boleh la berkunjung ke blog ni... http://shapewithme.blogspot.com/ ...sekadar berkongsi...
So last chit chat psal Atkins Diet dari cheq...
Mari kite...!!!!
Selepas 2
minggu, bila dah capai berat badan yang diingini, biasakan balik
makanan seperti roti (berserat tinggi) dan sikit nasi , tapi jangan
banyak sangat, sebab badan anda akan jadi biasa tak makan benda2 tu.
Yang penting, sihat dan cergas.
Bergantunglah pada anda. Kalau boleh
teruskan tak makan nasi or roti, up to you. GULA dan produk bergula
tinggi harus berpada-pada. Orang Melayu sekarang ramai menghidap
diabetes (kencing manis), Dengan cara ini adalah salah satu cara untuk
elakkan sebelum terkena penyakit tersebut.
Program ini adalah diet program dengan
tidak mengambil karbohidrat dan kurangkan gula. Secara dasarnya program
ni tidak ketat sangat. sebab bergantung kepada keadaan orang tu, program
ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah Air. Sebab
dalam badan kita ni banyak kandungan airnya.
Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.
Memang itu adalah perkara yang biasa
yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong
yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau
kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air.
Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan
dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak
langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke
tandas.
Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.
Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar
untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang
penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat
bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan
tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan
sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk
meneruskan kerja-kerja seharian.
Jika kita malas untuk mengambil sarapan
walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan
tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan
seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari, dan makan
malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk
makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan
ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, cuma kalau boleh buang kulit tu
keran kulit adalah tidak sihat untuk kesihatan. Kalau nak makan ikan
atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber
vitamin dari sayuran atau buah-buahan.
Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.
Kepada penggemar kopi, teh atau
sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan kegiatan ini, namun jangan
sampai tak mengambil gula langsung kerana badan kita masih memerlukan
gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari
minuman sahaja, dari makanan, buah-buahan, dan pelbagai lagi.
Minum air kosong dengan banyak, kurangkan pengambilan karbohidrat, kurangkan pengambilan gula
Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain-lain.
Tambahan kepada program tersebut, kepada
sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan
seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk
mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang
disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa
beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.
Peringatan: Ibu hamil dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet.
Rujukan Daripada www.atkins.com
^__________________^
*ThousandsSmile*
No comments:
Post a Comment