Hi semua...
So kite sambung cite pasal Atkins Diet okey...
Kat bawah ni ade penerangan pasal stage2 lam Atkins Diet dan juga makanan yang perlu dan tak perlu kite ambil..
Tapi nasihat cheq,bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan,sila rujuk doktor anda sbelum mengamalkan Atkins Diet ni...cheq cuma berkongsi info,dan selebihnyer terpulang kepada anda semua...
So...mari kita....^_____^
Induction
ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah
tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang
pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan
selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan
sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda.
Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda
menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda
patut berada pada tahap Induction.
Semasa
2 Minggu Induction:
1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula
pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang
bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan
(lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman
bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc),
kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti
Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk
kacang untuk 2 minggu.
8.) Elakkan makanan
berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan
bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
Boleh
Makan:
1.) Ayam - panggang, steam,
bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam
ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon,
pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3.) Semua daging - rusa,
lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar,
disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam,
goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya
sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi
bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6.) Keju jenis cheddar,
mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral
-minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Burger? Buang roti bun
atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat
dalam je...
9.) Pizza? Makan topping
sahaja.
10.) Makan supplement dan
vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi
tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam.
Makan
malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.
Contoh sarapan /
Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)
Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88
grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

1. Minuman bergula seperti
jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein
seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan???Jawab la sendiri.... ^___*

Okey kawan2..da panjang sangat da berceloteh..jari pn da penat ni..nnt cheq akan kongsi lagi contoh2 menu, syarat2 induction dan yang paling best.. shopping cara Atkins...
Jumpa lagi.....
^__________________^
*ThousandsSmile*
No comments:
Post a Comment