Wednesday, 11 July 2012

@_@ Atkins Diet 1 @_@




Hi semua...

So kite sambung cite pasal Atkins Diet okey...

Kat bawah ni ade penerangan pasal stage2 lam Atkins Diet dan juga makanan yang perlu dan tak perlu kite ambil..
Tapi nasihat cheq,bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan,sila rujuk doktor anda sbelum mengamalkan Atkins Diet ni...cheq cuma berkongsi info,dan selebihnyer terpulang kepada anda semua... 

So...mari kita....^_____^

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Semasa 2 Minggu Induction:


1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

Boleh Makan:


1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
9.) Pizza? Makan topping sahaja.
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. 
Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.
Contoh sarapan / Breakfast






1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)
Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)
Makanan Yang ?Diharamkan? Selama 2 Minggu Induction

1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan???Jawab la sendiri.... ^___*


Okey kawan2..da panjang sangat da berceloteh..jari pn da penat ni..nnt cheq akan kongsi lagi contoh2 menu, syarat2 induction dan yang paling best.. shopping cara Atkins...

Jumpa lagi.....


^__________________^
*ThousandsSmile*

~*~*~*~ Penemuan yang Awesome ~*~*~*~

Hi semua...

Dalam dok sibuk2 ng keje..dok pening2 ng istallation handheld...
Sempat lagi cheq curi mae tuk browsing satu info yang sgt penting...knape cheq ckp penting,sbb 1menjak 2menjak ni...
asik kne outstation je....so bile outstation,selain dari selesaikan tugas,misi utama cheq ialah mencari dan merasa makanan popular kat tempat2 yang cheq pergi tu... tambah lagi bile dduk hotel yg best...makan pn tersangat2 la best...
Bila da makan best ni,mmg xingt dunia la...hehehehe..dan akibatnyer berat badan cheq da nek 5kilo...hohoohoho....
tapi ape yang cheq nk kongsi disini adalah...1 penemuan yang sgt awesome cheq rasa..
kite boleh turunkan berat badan kita dengan cara yang sihat dan tidak memerlukan perbelanjaan yang mahal..tapi kite perlu menjaga pemakanan kite mengikut diet yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins.
Lebih dikenali sebagai Atkins Diet..
Jangan salah paham erk,cheq bukan nk promote pape produk kt sini... ^____^

So ape itu Atkins Diet...???

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:
1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance

So kena follow 4stage ni tuk kekalkan berat badan yang ideal...
jangan risau..Atkins diet ni ada senaraikan apa makanan yang kite perlu makan lebih dan ape yang perlu kite kurangkan dan jgn ambil langsung..tp jgn risau,sbb jgn ambil langsung tu bkn la sambil bile2 kite xbleh makan,cume bagi stage pertama sahaja....

nak tahu apa yang kite patut makan dan xpatut makan???
sila tngok post yang seterusnyer ye..nnt klu cheq tulis pnjang2 kt sini u all penat nak bace plak... ^_____*

^__________________^
*ThousandsSmile*

Friday, 6 July 2012

@ Sekarang Dah Tak Risau Lagi @



Hi semua..

Lately asik ujan je kn...
Cheq plak xbawa payung..so ari2 main ujan la jawabnyer..
and yg paling xbest nyer...sandal ni da haus tapak nyer...
so da 3 4 kali jgak la cheq hampir2 tersungkur...

Kebetulan arni tren komuter problem..
so cheq ambik bus to rawang..en suami pick up kt sana..
So en suami minta trun kt TESCO rawang,tapau skali dinner tuk mlm nnt..

Sambil2 tggu en suami smp,cheq survey2 la cr sandal baru..nk ganti yang sedia ada ni..
ngah dok jalan2,en suami muncul kt blakang..hehehehehe...

"Cari kasut tuk alesya ke tuk mama" sapa en suami..
"Tuk mama la,sandal ni da haus sgt tapak nyer..."
"Cube angkat nk tgk"
^___________________^
 mcm kne siasat ng polis plak...kihkhikihkih...

"eemm..pilih la dlu"

da tgk2 xde yg berkenan,pindah lak kdai lain..
xde yg berkenan,pindah kedai lagi...


lastly...
masuk la kedai ni...

"design ni cantik n simple mama"....

Tilik punya tilik...cantik...n comforrtable...
So...
"Dik,saya nk yg ni,saiz 7..."

Time nk bayar..."Swipe je,nnt papa bayar "
Thanks en suami...muahh..opsss....sayang awak...

So..skg ni..xperlu risau lagi...Melangkah Dengan Yakin Walau Di Permukaan Yang Basah Dengan....






.
.




 Dr.Cardin...

Thanks en suami....


^__________________^
*ThousandsSmile*

Wednesday, 4 July 2012

Masih terlalu busy tuk update post psal tour handheld (tour jalan2 cari makan).
Sekian terima kasih..huhuhuhu

^__________________^
*ThousandsSmile*

Tuesday, 19 June 2012

~*~*~*~* Tanjung Lumpur*~*~*~*~

Hi semua....

Minggu ni cheq kne out station to Kuantan, Pahang..dari semalam hingga esok pagi...tour tuk install latest patches and setting for handheld...
dan cam byse,bile jalan ni..benda utama cheq ialah 
melawat tempat makan yang menarik yang ada..
^______________^
so,kali ni kt kuantan.tempat yang famous kt sini ialah ikan bakar di Tanjung Lumpur...
so kami pn serbu la...
kt bawah ni hasil tangkapan kami...
jom jamu mate.... 
*_____________^

Mari kita...!!!

lala masak sambal

udang pun masak merah...



ikan bakar..xthu nama ape ikan ni..tp best..isinya padat..

sotong goreng kunyit..sgt fresh n besttttt



ikan siakap bakar sambal

ni hasil selepas...

yang ni pun...*_^

So kalau kawan2 ade ke kuantan,jangan lupe menjamu selera di tanjung lumpur...
Pasti perut terpikat tuk datang lagi......

^__________________^
*ThousandsSmile*

Monday, 4 June 2012

~*~*~ Banda Hilir, Melaka ~*~*~

Hi...
Time kursus aritu, cheq juga smpat g jln2 sekitar banda hilir...Melaka mmg terkenal dengan tempat2 pelancongan yang menarik tuk d'lawati,tp kerana masa sgt terhad, cheq smpat melawat 2 3 tempat je...
Jom kite layan gambar2 tempat menarik kt melaka...



antara cenderahati yang terdapat d Jonker Walk




muzium kapal






^__________________^
*ThousandsSmile*

*~*~* Ikan Bakar Muara Sg Duyung *~*~*

Hi...

Awal bulan lepas, cheq n  a few peers dihantar berkursus kt melaka...
So, kesempatan ni v all ambik tuk pegi kt beberapa tempat yang menarik...oleh kerana cheq mmg jenis yg suka mkn,so tempat yang wajib..mesti la g makan seafood or ikan bakar..hehehehe..sgt2 best...
tp kt tmpat ni, kne pegi awal,klu smpai sana kul7 dan ke atas mmg kena beratur panjanggggggggggg tuk dpat seat...huhuhuhuhu..kt bawah ni gambar makanan yang kami order..best sgttt,,,,,
hasil tangkapan kami

Bila da siap di proses,inilah hasillnyer,...


dan ini


sambil2 tulis entry ni, air liur cheq terus meleleh n perot pn rase lapo..g cari nasi la jap..huhuhuuhuhu...

**p/s : tempat menarik lain,jap ag cheq sambung erk...

^__________________^
*ThousandsSmile*